Wednesday, July 30, 2008

DUNIA DAN ISINYA, TIADA NILAINYA BAGI TUHAN

Pada penilaian Tuhan, dunia dan isinya,
Maksud isi-isinya adalah khazanah nya,
Ada yang di langit, ada yang di bumi,
Ada di gunung, ada di lautan,
Ada di daratan, ada di hutan,
Ada di sungai,
Juga ada di perut bumi,
Intan berliannya, kayu kayannya, ikan-ikannya,
Air dan minyaknya dan apa sahaja yang berharga
Bernilai dunia,
Bertambah lagi pangkat dan jawatan,
Sekalipun kekuasaan, pengikut-pengikut dan semua bentuk kesenangan,
Serta kebesaran,
Semuanya itu disisi Tuhan seperti sebelah sayap nyamuk tidak ada nilainya,
Kerana itulah para kekasih Tuhan
seperti nabi-nabi dan rasul-rasul,
Walaupun lama berjuang
Tuhan tidak memberi mereka kesenangan bernilai dunia,
Seperti kekuasaan, seperti intan berlian,
Seperti kekayaan, seperti kesenangan yang berbentuk harta,
Makan minum, pakaian dan kenderaan,
Kerana pada Tuhan kalau itulah diberi kepada kekasihnya tidak padan,
Bahkan di dunia lagi mereka itu kekasih Tuhan disusah-susahkan,
Kerana kalau Tuhan balas di dunia lagi nikmat itu tidak berkekalan,
Disamping murahnya mengikut nilaian Tuhan,
Sebab itulah Tuhan simpan di Akhirat kelak sebagai balasan,
Kerana balasan Tuhan di Akhirat
Tidak ada tandingan,
Disamping kekal abadi tidak dapat dibayangkan keindahannya,
Sebab itulah kesenangan, kemewahan, kekayaan,
Dan keselesaan hidup, nama dan glamour,
Diberi oleh Tuhan kepada musuh-musuhnya,
Kerana yang Tuhan beri itu nilaiannya sebelah sayap nyamuk pun tidak ada,
Sebab itulah kesenangan di dunia ini
Tuhan bagi kepada orang yang berkuasa,
Kepada raja-raja, orang yang kaya-kaya
Agar di Akhirat kelak mereka papa kedana
Bahkan di azab berpanjangan di dalam Neraka
Yang azabnya patah lidah nak menceritakannya
Kerana itulah kalau Tuhan benci seseorang itu, dilebihkan dunianya
Kalau seseorang itu disayangi oleh Tuhan
Dikurangkan dunianya, dilebihkan di Akhiratnya,
Begitulah cara Tuhan kasih kepada seseorang,
Sebab itu seseorang itu di dunia ini serba ada, kuasa dan kekayaan,
Nama dan glamour dan entah apa lagi bentuk kemewahan dan kesenangan,
Janganlah berbangga,
Jangan-jangan orang itu di dalam kutukan Tuhan,
Ada juga kekasih Tuhan seperti sebahagian Rasul-Rasul
Diberi kekuasaan dan kekayaan itu,
Tujuannya Tuhan untuk memberi contoh kepada manusia yang berkuasa dan yang kaya,
Supaya mengikut suri teladan mereka itu,
Kalau tidak ada contoh susah nak melakukan kebaikan,
Seperti yang dikehendaki oleh Tuhan,
Itu adalah untuk menyelamatkan manusia sebagai rahmat Tuhan,
Tetapi itu bukan sebagai balasan Tuhan kepada kekasih-Nya,
Balasan Tuhan kepada kekasih-Nya adalah di Akhirat kelak,
Yang tidak ada tara dan tandingan.

No comments: