Tuesday, July 1, 2008

HAMBA YANG DICINTAI TUHAN

Seorang hamba itu,
Tuhan suka kekal sentiasa rasa kehambaannya,
Mengekalkan rasa kehambaan Tuhan suka,
Rasa kehambaan itu seperti yang akan dicerita,
Rasa bertuhan, rasa takut dengan Tuhan,
rasa cinta dengan Tuhan, rasa cemas dihadapan-Nya,
Rasa diawasi, rasa diperhati, rasa dikuasai, rasa hina,
Dimana saja dia berada,
Rasa merendah diri,
Rasa memerlukan Tuhan setiap masa,
Bahkan tidak lepas dari kekuasaan Tuhan setiap masa
dimana sahaja berada,
Bila-bila Tuhan boleh lakukan apa sahaja terhadap dirinya,
Orang yang mengekalkan rasa kehambaan,
Dia rasa tawadhuk kepada manusia,
Dia rasa dia tidak berguna,

Rasa kehambaan adalah ibadah rasa,
Bukan ibadah sikap dan perbuatan pada manusia,
Ibadah ini tidak meletihkan,
Tapi susah hendak dirasa,
Inilah yang dimaksudkan oleh Tuhan dalam Al Quran,
Yang ertinya “mereka-mereka yang mengingati Allah waktu berdiri, waktu duduk, waktu berbaring”,
Orang yang menghidupkan rasa kehambaan,
Barulah dapat merasakan apa yang dilihat,
Apa yang didengar, apa yang dikatakan,
apa yang difikirkan terasa kebesaran Tuhan,
Orang yang tidak merasakan kehambaan sepanjang hari,
Orang yang lupa dengan Tuhan,
Kalau rasa kehambaan itu kadang-kadang ada,
Kadang-kadang tidak,
Itu orang yang lalai,
Kalau waktu ibadah sahaja rasa kehambaan ada,
Orang yang cuai,
Jadi orang yang rasa kehambaan sepanjang masa,
Maka dianggap beribadah sepanjang masa,
Ini adalah manusia yang luar biasa,
Ini hanya berlaku dalam satu juta agaknya seorang sahaja.

No comments: