Banyak di dalam hidup ini orang Islam syirik khafi,
Tetapi mereka tidak sedar diri,
Kerana terlalu tersembunyi,
Melainkan orang-orang itu ilmunya seni sekali,
Di antara syirik khafi itu yang kebanyakan orang tidak sedar pada dirinya,
Di antaranya:
Orang bertawakal kepada dirinya,
Orang bertawakal kepada ilmunya,
Orang bertawakal kepada hartanya,
Orang bertawakal kepada kebolehannya,
Orang bertawakal kepada kerajaan atau orang kaya yang membantunya,
Orang bertawakal dengan usaha sendiri,
Orang yang bertawakal dengan jawatannya,
Seolah-olah bersandarkan nasib hidupnya kepada perkara tadi,
Maka syirik khafi lah dia,
Kalau begitu banyak orang Islam terperangkap dengan syirik khafi,
Kerana syirik khafi itu tersembunyi,
Orang yang mata hatinya celik sekali,
Yang dapat mengesan syirik khafi,
Tetapi bagi orang yang menggunakan akal,
Selalu terperangkap dengan syirik khafi,
Sebab akal itu selalu bersandar dengan sebab,
Sebablah yang memperdaya dirinya,
Hingga dia terjebak dengan syirik khafi.
No comments:
Post a Comment