Tidak salah mencari kekayaan,
Kerana ia tuntutan hidup,
Tidak salah kita makan dan minum,
Kerana didalam diri manusia Tuhan ciptakan nafsu,
Tidak salah menjadi pandai,
Kerana ia tuntutan fitrah semulajadi,
Tidak salah mencari suami atau isteri,
Kerana ia tuntutan biologi,
Kerana tuntutan-tuntutan semulajadi itu,
Kalau kita tidak usahakan, menyusahkan juga,
Tapi tuntutan-tuntutan yang disebutkan tadi,
Jarang manusia yang melupakan,
Samada dapat atau tidak manusia tetap mengusahakan,
Tapi manusia selalu melupakan tuntutan roh,
Tuntutan roh adalah mengenal Tuhan,
Beriman kepada-Nya dan bersandarkan nasib kepada-Nya
Dan menyembah serta membesarkan-Nya,
Kalau tuntutan roh ini tidak diusahakan,
Jiwa manusia menjadi kosong,
Sekalipun dia kaya,
Walaupun dia berkuasa,
Kalau manusia jiwanya kosong.
Sekalipun dunia ini dikuasainya,
Manusia hilang kebahagiaan,
Ini sudah dialami oleh manusia,
Sejak ribuan tahun yang lampau,
Orang yang kaya putus asa,
Orang yang berkuasa tidak tenang jiwa,
Orang yang ada nama hidupnya kecewa,
Ada dikalangan mereka membunuh diri,
Mencabut nyawanya,
Kerana tuntutan fitrah mereka berjaya dihasilnya,
Tapi tuntutan roh diabaikan,
Bahkan dilupakannya,
Sedangkan roh kekal abadi
Sekalipun selepas mati,
Padahal tuntutan fitrah hanya wujud didunia sahaja,
Selepas mati, ikut mati sama,
Sedangkan roh kekal abadi selepas mati,
Sedangkan di dunia, tuntutan roh diabaikan,
Bahkan dilupakan,
Ertinya roh yang kekal abadi itu kelaparan,
Roh yang lapar diwaktu di dunia tidak kenal Tuhan,
Tidak membesarkan Tuhan,
Tidak menyembah Tuhan,
Maka roh yang lapar ini,
Di akhirat kelak ke dalam neraka dihumbankan.
No comments:
Post a Comment