Wednesday, August 20, 2008

CEMAS MENUNGGU KEMATIAN

Aku penuh debar dan sungguh cemas menunggu hari kematian,
Kerana dia datang tanpa kuketahui,
Aku takut di waktu ketibaan kematian,
Aku tidak tahu, di dalam taat atau di dalam kederhakaan,
Di dalam aku mengingati-Nya atau di dalam kelalaian,
Di waktu taat, husnul khatimahlah,
Jika di waktu derhaka, su’ul khatimah,
Aduh, cemas aku setiap waktu bila mengingati mati,
Kerana aku tidak tahu nasibku, husnul khatimah atau su’ul khatimah,
Hatiku resah selalu, jiwa aku terganggu tapi orang tidak tahu,
Aduh, mati adalah penutup segala-galanya,
Apa yang dikerjakan dan yang dirasakan oleh hati itulah yang dibawa Akhirat,
Di sana segala-galanya dinilai,
Jika tersilap, di sana tidak boleh hendak dibetulkan lagi,
Tuhan!
Hatiku sungguh cemas,
Aku harap matikanlah aku di waktu aku mentaati-Mu,
Atau di waktu mengingati-Mu,
Kalau berlaku sebaliknya, kerana kelemahanku,
Kerana aku ini hamba-Mu, tidak dapat elak daripada kelemahan ini,
Dengan rahmat-Mu Tuhan, ampunkanlah dosa-dosaku di waktu ini,
Bila dosaku engkau ampunkan,
Aku macam tidak membuat dosa,
Maka ringanlah bebanku di waktu ke sana,
Itulah harapanku pada-Mu Tuhan,
Di waktu detik kematianku,
Engkau sahajalah yang boleh menyelamatkanku....

No comments: