Saturday, August 30, 2008

GELISAH MENGHADAPI TUHAN

Aduh, bila aku menghadapMu Tuhan di waktu ibadah
Hatiku pun mula rasa susah dan gelisah
Akupun mula bimbang bagaimana nanti aku menyembahMu
Bersopankah atau sebaliknya
Kalau aku lakukan juga jawapannya tentu sama
Macam-macam rasa di dalam jiwaku
Takut, bimbang, gelisah dan resah

Apabila selesai, aku rasa belum beribadah
Hatiku susah dan gundah gulana
Tapi apakan daya, setakat itulah yang terdaya
Takkan aku hendak mengulanginya sekali lagi
Nilai ibadahku
Macam tadi juga

Kerana itulah Tuhan, setiap kali lepas sembahyang
Aku dahulukan memohon ampun kepadaMu
Terhadap sembahyangku
Selepas itu baharulah dosa-dosaku
Begitulah juga Tuhan, selepasku membuat dosa
Lagi parah, susah dan gelisah
Tapi aku ini lemah bermujahadah

No comments: