Tuesday, September 2, 2008

DISIPLIN DIRI ORANG MUKMIN

Sudahkah kita mendisiplinkan diri
Sampai waktunya kita sembahyang
Bila sembahyang bolehkah mendisiplinkan diri tidak sembahyang seorang
Di dalam pergaulan sanggupkah kita mengutamakan orang
Orang yang tersilap dan tersalah dimaafkan
Orang yang bercakap kita sanggup mendengarnya
Kita tidak akan bercakap kalau tidak ada manfaatnya
Kalau orang menghina kita diam sahaja atau tidak menjawabnya
Inilah di antara disiplin di dalam pergaulan
Waktu lapang adakah kita berfikir
Atau membaca atau menulis pengalaman
Atau ilmu pengetahuan atau berzikir
Agar masa tidak sia-sia dan terbuang
Mampukah kita mendisiplinkan diri
Tidak mengata orang kecuali di sudut yang dibenarkan
Kalau kita hendak tidur mampukah kita tidak tidur
Selepas Subuh dan selepas Asar
Kedua-dua waktu ini adalah dilarang tidur sebagai kebiasaan
Tapi tidur di waktu siang iaitu waktu qailullah sebelum Zuhur
digalakkan
Apabila makan tidak suka makan seorang
Bila mencari rezeki cari yang halalnya
Tolak yang haram sekalipun banyak untungnya
Bila berpakaian di hadapan ramai bersopan
Tertutup aurat badannya
Sifat-sifat mazmumah dijauhi
Terutama sombong dan dengki
Bakhil dan tamak ditakuti
Menzalim dan sewenang-wenang sangat dibenci
Itulah sebahagian disiplin orang mukmin
Banyak lagi
Setakat ini sudahkah kita mendisiplinkan diri?
Inilah dia disiplin yang sejati

No comments: