Monday, September 15, 2008

PANDANGLAH BESAR DOSA ITU

Pandanglah dosa itu amat besarnya 
sekalipun dosa kecil sahaja.
Kerana kalau Allah tidak ampunkan ia tetap ke Neraka.
Dosa adalah kemurkaan Tuhan.
Selagi di dalam kemurkaan-Nya menjadi hijab
pada seseoarang hamba.
Oleh itu jika terbuat dosa 
cepat-cepat memohon ampun kepada-Nya.
Kalau tidak, ia tetap menjadi hijab 
untuk mendapat hidayah daripada-Nya.
Rahmat dan kasih sayang-Nya terputus darinya.
Tapi mungkin kita tidak terasa.
Selagi di dalam dosa, 
tetap di dalam kemurkaan Tuhan.
Selama di dalam kemurkaan Tuhan,
segala yang diberi adalah istidraj dari-Nya.
Atau sepanjang masa itu apa yang diberi
adalah di dalam kemurkaan-Nya.
Apabila apa yang kita dapat di waktu kemurkaan-Nya.
Segala apa yang kita miliki sudah hilang berkatnya.
Bila sudah hilang keberkatannya.
Ia akan menjadi bala kepada hamba-Nya.
Ketenangan tidak ada, keharmonian rumah tangga hilang
Jiwa sentiasa sahaja hendak berang.
Walaupun kaya, macam ada benda yang tidak ada.
Sekalipun pandai jiwa panas, gelisah sahaja.
Apa sahaja yang dibuat rasa serba serba tidak kena.
Gelak tawanya hanya pura-pura, bila keseorangan, 
jiwa gelisah mula tiba.
Keseronokannya hanya luar-luarnya sahaja. 
Dalam menderita.
Begitulah kesan dari dosa yang tidak dibersihkan..

No comments: