Allah Taala menjadikan manusia dijadikan sekali di mana kekuatannya
dan kelemahannya
Tuhan tahu bagaimana menguatkan yang lemah dan bagaimana menyuburkan
yang kuat
Allah Taala tahu di mana kebaikan mereka, dan di mana kejahatan
mereka
Memang Tuhan ada bekalkan manusia ada benih baik ada benih jahat
Tuhan tahu dari punca apa dia baik dan dari punca apa dia jahat
Hatilah wadahnya yang boleh menerima kebaikan dan kejahatan
Di dalam masa setahun manusia terdedah dengan berbagai-bagai ajaran
dan cabaran
Cabaran itu seperti sekatan hidup, sibuk dengan kerja, berhadapan
dengan kerenah manusia
Berlaku juga ujian-ujian yang mendadak, kemalangan yang tidak
disangka, melihat, mendengar perkara yang merosakkan
Ditambah lagi hasil didikan, bacaan semuanya ini memberi kesan yang
negatif kepada jiwa kebanyakan orang
Kecuali orang yang kuat dengan Tuhan jiwanya tidak rosak dan tidak
memberi kesan
Cabaran-cabaran itu tidak merosakkan jiwa mereka, bahkan bertambah
kuat dengan Tuhan
Dengan rahmat Tuhan dan kasih sayang-Nya Tuhan perintahkan puasa
Ramadhan dan lain-lain ibadah tambahan
Ramadhan boleh membaik pulih kejahatan
Kerosakan manusia setahun hanya sebulan
Seolah-olah Ramadhan bulan overhaul hati insan
Seperti kereta yg sudah lama dipakai, banyak kerosakan telah berlaku
terutama enjin, perlu overhaul
Overhaullah caranya membaikpulihkan kereta yang perjalanannya sudah
tidak berapa betul
Manusia yang sudah rosak jiwanya, fikirannya, sikap dan
tingkahlakunya dipulihkan melalui didikan Ramadhan
Didikan Ramadhan merupakan satu pakej pendidikan dia ntara satu sama
lain kuat menguatkan
Siangnya puasa, sembahyang ditambah lagi dengan Tarawikh, disusul
dengan membaca Al-Quran
Ditambah lagi dengan perkara-perkara sampingan, zikir, tasbih,
tahmid, salawat, tafakur
digalakkan bersedekah dan pemurah, perbualan yg menambah kesedaran
Keseluruhan itu asasnya adalah mujahadah melawan nafsu menentukan
didikan
Ramadhan berkesan atau tidak bekesan
Didikan Ramadhan ada mujahadah, ada didikan puasa, didikan sembahyang
Ditambah lagi didikan Al-Quran dan lain-lain lagi tambahannya
Mujahadah ertinya memerlukan kekuatan jiwa, memaksa membuat yang
disuruh, memaksa meninggalkan larangan
Larangan itu sama ada yang lahir mahupun yang batin kenalah
tinggalkan
Mujahadah ertinya memaksa, terseksa , membencikan, menjemukan,
meletihkan
Kalau jiwa tidak kuat usaha tidak dapat diteruskan, atau buat tanpa
kesungguhan
Kerana itulah mujahadah perlu pemangkin yg menggalakkan,
Pemangkin ialah puasa yang hati dan fikirannya puasa, sembahyang
yang dapat dihayati, didikan Al Quran yang difaham dan dijiwai
Di antara didikan sembahyang, menebalkan rasa kehambaan dan
menajamkan rasa bertuhan
Di antara didikan Al Quran di sana ada khabar gembira, ada amaran,
ada suri teladan juga ada kesedaran dan keinsafan
Didikan puasa rasa lemah, rasa hamba, rasa timbang rasa, menyedarkan
dan menginsafkan
Daripada 3 pakej didikan yang utama itulah menjadikan pemangkin
menguatkan jiwa, menyuburkan jiwa, meneguhkan keyakinan
Apabila jiwa kuat, jiwa subur mujahadah pun kuat
Apabila jiwa kuat dan subur hikmah Ramadhan daripada 3 pakej didikan
tadi boleh bangunkan insan
Jika hikmah Ramadhan itu dapat dimiliki lahirlah manusia luarbiasa
Ertinya manusia yg dioverhaul di bulan Ramadhan mengembalikan
manusia kepada fitrah sucinya Lahirlah manusia yg luar biasa,
iaitu manusia yg benar-benar rasa kehambaan
Manusia yang tawadhuk sabar, redha, berkasih sayang, bertimbang
rasa, pemurah, kerjasama
Malu akan jadi pakaian, tawakal menjadi perasaan, keyakinan kental
Apabila sifat ini dapat dimiliki, automatik mazmumah terbasmi
Sombong, tamak, bakhil, pemarah, hasad, dendam, gila puji, gila
nama, mati
Inilah dia orang yang menang dan berjaya didikan Ramadhan
Selepas Ramadhan manusia itu kembali suci seperti fitrahnya yang
semulajadi
Orang ini sahajalah yang layak berhari raya
Kerana berjaya mengembalikan kesucian fitrahnya hari raya namanya
Hari raya ertinya mengembalikan fitrah suci lagi murni
Kalau fitrah yang suci murni ini kekal sepanjang tahun, Ramadhan
yang akan datang hanya memberi cahaya lagi, bukan overhaul
Begitulah didikan Ramadhan ramai org yg gagal, sedikit sangat yang
berjaya
No comments:
Post a Comment