Thursday, October 16, 2008

HIKMAH CIPTAAN TUHAN

Tuhan jadikan manusia berbagai-bagai peringkat ada hikmahnya,
Bahkan ada rahmatnya,
Ada yang kaya, miskin, pandai, bodoh, berpangkat, orang biasa,
Kalau setiap golongan itu faham dan boleh menerima hakikat, boleh bekerjasama,
Alangkah indahnya dunia,
Jika Tuhan jadikan semua manusia satu golongan sahaja,
Atau dua tiga golongan manusia sahaja, manusia terseksa,
Kerana keperluan hidupan manusia berbagai-bagai macamnya,
makan, minum, makanan, tempat tinggal, kenderaan, pentadbiran, kepimpinan,
pengawal, perhubungan dan lain-lain lagi;
Setiap bidang itu memerlukan tenaga manusia menjayakannya,
Menyediakan makan minum, tempat tinggal,
Munasabahlah orang miskin yang membuatnya,
Pentadbir adalah orang yang sederhana kepandaiannya yang menjayakannya,
Para pemimpin tentulah orang yang bijak pandai yang boleh melakukannya,
Menjaga kebersihan, mengawal keselamatan, membawa kenderaan,
tidak perlu orang pandai,
Kalau kita lihat di sini satu sama lain perlu-memerluka,n
Kerana itulah. Tuhan menjadikan manusia berbagai-bagai golongan,
Kerana sesuai menjayakan bidang-bidang kehidupan,
Cuba kita fikir kalau semua orang kaya,
Siapa hendak menjadi petani dan nelayan,

Kalau semua orang bijak pandai, siapa hendak menjadi buruh kasar?
Untuk kebersihan pekan dan bandar,
Jika semua golongan miskin, siapa pula yang hendak membangunkan ekonomi
bangsa dan negara,
Sekiranya semua golongan tidak pandai,
Siapa yang akan jadi pemimpin atau pegawai tadbir?
Apa akan jadi jika tidak ada pemimpin?
Atau tidak ada pegawai tadbir?
Atau apa akan terjadi kepada rakyat pemimpin yang tidak pandai?
Atau pegawai tadbir yang tidak ada ilmu?

Baru kita faham pentingnya ada berbagai-bagai golongan di dalam masyarakat,
Setiap bidang ada orang yang menyelesaikan untuk keperluan setiap golongan,
Rakyat makmur semua keperluan hidup ada, kemudahan-kemudahan sedia ada,
Kalau setiap golongan perlu ada untuk menunaikan keperluan hidup di semua,
Untuk kepentingan bersama di dalam kehidupan,
Setiap golongan perlu-memerlukan satu sama lain,
Kalau kita faham hakikat ini semua golongan mulia, setiap kelompok ada jasa,
Tapi kenapa terjadi di dalam kehidupan, yang kaya,yang berkuasa, yang pandai sombong
dan bangga,yang miskin bodoh dihina;
Golongan bawahan hasad dengki, golongan atasan menghina,
Sedangkan setiap golongan perlu-memerlukan,
Mengapa terjadi saperti yang dikatakan?
Padahal setiap golongan ada jasa kepada kelompok yang lain,
Sebabnya kerana mereka sudah kehilangan Tuhan,
Takut dengan Tuhan sudah tidak ada,
Cintakan Tuhan apatah lagi sudah gersang,
Maka otomatik kasih sayang sesama insan hilang,
Maka terjadilah benci-membenci satu sama lain padahal perlu-memerlukan.

No comments: