Setiap orang itu sejak baligh hingga hari ini kalau membuat dosa ada dua peringkat
Ada dosa yang mudah dikesan, dan mudah pula bertaubat
Ada dosa-dosa yang tidak mudah dikesan bahkan tidak dirasakan berdosa
maka tentu tidak bertaubat
Selalunya mati tidak bertaubat
Dosa-dosa yang mudah diketahui, seperti meninggalkan sembahyang, meninggalkan
puasa, mencuri, minum arak, bunuh orang
Dosa-dosa ini payah dilupakan, kalau seseorang itu insaf mudah bertaubat
Tapi orang tidak rasa berdosa, jika tidak ada rasa bertuhan
Orang tidak rasa satu kesalahan tidak rasa kehambaan
Berapa ramai orang sejak baligh, dia riyak, sombong, suka dipuji,
ujub, ingin nama, tidak terasa membuat dosa
Nampak orang susah tidak ditolong, tidak bertimbang rasa, mengutamakan diri, gembira dengan kesusahan orang tidak dianggap kesalahan
Tamak, bakhil, tidak mesra dengan orang tidak dianggap haram
Tidak tawakkal, tidak sabar, tidak malu dengan Tuhan,
tidak belas kasihan itu tidak dipandang kemurkaan Tuhan
Dosa-dosa kategori yang kedua inilah yang ramai orang terjebak,
orang tidak terasa satu dosa
Apabila tidak terasa perkara itu dosa, ia berlalu begitu sahaja,
tanpa sedar, tanpa insaf
Akhirnya tidak bertaubat
Matilah seseorang itu di dalam kederhakaan tanpa sedar
Kadang-kadang dosa-dosa yang tidak disedari ini
berlaku kepada orang-orang yang dipandang oleh orang ramai orang baik
Ada orang ibadahnya banyak, sembahyang malam, puasa sunat di siang hari, sering membaca Al Quran, wirid tidak lekang
Setengahnya ulamak, menasihati orang, dia disegani
Kerana dosa-dosa tadi sangat tersembunyi, sangat tersirat, ia dosa hati, payah dikesani
Ahli-ahli ibadah dan para ulamak tadi pun tidak menyedarinya
Orang-orang yang mata hatinya celik sahaja yang dapat mengesani
Orang-orang yang rohnya bercahaya dan menyuluh yang seni-seninya
Yang dikatakan ulil abshor bukan ulamak, yang mampu mengetahui
Kecuali kalau ulamak itu juga ulil abshor
No comments:
Post a Comment