Semua anggota di dalam diri manusia kena diberi makan
Anggota lahir mahupun anggota batin
Kalau tidak semua anggota itu akan kelaparan
Ilmu adalah makanan akan, jasad makanannya adalah nasi,roti dan sebagainya
Roh, raja dalam diri, makanannya adalah mengingati Tuhan (Zikrullah)
Zikir di sini yang dimaksudkan bukan membaca ayat-ayat atau kalimah-kalimah dijadikan zikir
Zikrullah di sini ialah mengenal Tuhan secara tepat
Hingga terasa besar dan hebat
Takut dan cintakan Tuhan sebagai hiburan
Jiwanya terasa bertuhan sentiasa hidup
Di bila masa dan di mana-mana sahaja
Ertinya dia sentiasa bersama Tuhan
Faham kerja dan peranan Tuhan sama ada lahirnya positif mahupun lahirnya negatif
Setelah ada ilmunya, dihayati pula, jiwanya akan tenang
Apa sahaja yang berlaku dalam dirinya, dia terhibur
Dapat nikmat dia rasa bersyukur dan malu dengan Tuhannya, tidaklah takbur
Mendapat ujian kesusahan, kemiskinan, kesakitan, sabar dia menerimanya
Dia merasa mendapat pahala dari Tuhannya atau dosanya dihapuskan
Senang hatinya dengan kesusahan-kesusahan itu
Mendapat pahala atau penghapusan dosa tentulah jiwanya terhibur
Kalau tidak, akan masuk neraka yang amat bahayanya dan dahsyatnya
Apa sahaja yang dia hajatkan yang berbentuk kebaikan
Kadang-kadang dapat , kadang-kadang tidak
Adakalanya hendak mendapat seperti yang dia mahu
Tapi dapat kurang daripadanya, dia redha
Dia baik sangka dengan Tuhannya
Masa depannya dia serahkan kepada Tuhan di dalam dia berusaha
Dia boleh menerima apa sahaja ketentuan dari Tuhannya
Kecuali kekufuran dia tidak redha
Kesenangan orang dia rasa senang, kesusahan orang dia derita
Hasad dengkinya tidak ada
Fahaman seperti yang disebut adalah makanan jiwa
Ia dianggap zikir kepada Tuhannya
Siapa yang faham seperti yang diceritakan, dihayati, boleh diapply di dalam hidup
Dia tidak akan ditimpa penyakit jiwa
Inilah dia pertahanan diri dari terlibat dengan dadah dan segala gejala yang tidak sihat.
No comments:
Post a Comment