Monday, December 1, 2008

HATI PENENTU BAIK BURUK MANUSIA

Segala yang kita lihat seperti gunung-ganang dan lautan adalah ayat-ayat Allah,
Di sana dapat dilihat kekuasaan dan kebesaran Allah menjadi kecut perut dibuatnya,
Yang dilihat dari itu ayat-ayat Allah yang bersifat rohaniah, 
adalah perjalanan hati kita yang sangat ajaib;

Tuhan boleh membolak-balikkan rasa dan perasaan hati kita setiap detik dan masa,
Tanpa dapat kita kontrol dan mengawalnya,
Patutlah dia, hati penentu baik dan buruk manusia;
Munasabahlah dia jadi raja di dalam diri manusia,
Boleh melakukan dan menggunakan anggota lahir 
sebagai tenteranya membuat apa sahaja, 
Berdasarkan yang ia rasa yang sering sahaja bertukar ganti setiap masa dan ketika,
Dia perintahkan nafsu yang berkehendak menggunakan anggota-anggota manusia mengikut rasa hati,
Diperkotak-katikkannya anggota manusia semahu-mahunya,
Badan susah dan letih tak usah dikira terpaksa membuat kerja hati manusia,

Hati di dalam diri manusia sebagai raja yang berkuasa,
Nafsulah penguatkuasanya membuat apa sahaja,
Di satu segi di sini dapat dilihat Maha Kuasanya Tuhan,
Maha Pentadbir, Maha Besar dan Maha Hebatnya Dia,
Di sudut yang lain kita dapat lihat begitu ajaibnya hati nurani manusia,

Hati yang bertapak di dalam hati daging,
Ia sangat berperanan ke atas diri manusia,
Dialah yang menentukan baik buruknya manusia, 
Kerana itu jagalah hati selalu, fahamilah bisikannya positif atau negatif,
Mintalah kepada Tuhan mentadbir hati kita dengan petunjuk-Nya,
Agar Dia sentiasa memimpin kita ke jalan yang lurus.


No comments: