Kebesaran Allah sangat dapat dilihat di musim haji,
Di sudut dan di aspek yang mana saja, dapat dilihat keagungan-Nya,
Kerana panggilannya, manusia berduyun-duyun menuju ke sana,
Semua bangsa, bermacam-macam bahasa dan warna kulitnya,
Bersusah payah mereka datang dari jauh di pelosok dunia,
Meninggalkan kampung halaman dan juga sanak saudara,
Korban harta, korban tenaga dan masa,
Kalau panggilan manusia tidak akan berlaku sebegitu rupa,
Mereka melaksanakan satu niat, satu perbuatan, satu ucapan,
Berkumpul beramai-ramai di Padang Arafah bayangan Padang Mahsyar,
Mengelilingi Kaabah, sembahyang jemaah, rukuk sujud rentak yang sama,
Memuji Allah dengan takbir dan tahmid serta tasbih dan doa,
Di waktu itu tidak dikenal mana rakyat mana raja,
Mana yang jahil mana yang alim,
Mana yang miskin mana yang kaya,
Tidak mempeduli satu sama lain kecuali menuju Tuhan yang Esa,
Masing-masing membakar diri, masing-masing buat kerja sendiri,
Tidak akan ada mana-mana dunia suasana yang sebegini rupa,
Segala etnik yang berbagai-bagai bahasa dan warna kulit berkumpul di sana,
Setiap orang mewakili negara mereka,
Kalau bukan kerana Allah dan kuasa-Nya mereka tidak akan datang ke sana.
No comments:
Post a Comment