Berkehendaklah tapi kehendak kita itu tertakluk dengan kehendak Tuhan
Adakalanya kehendak kita bersamaan dengan kehendak Tuhan,
adakalanya kehendak kita berlawanan dengan kehendak Tuhan
Apabila berlawanan kehendak, kehendak Tuhanlah yang diluluskan
Berusahalah bersungguh-sungguh membuat
sebarang kebaikan atau mengusahakan kebaikan kerana ia adalah diperintahkan
Tapi ingat hasilnya mengikut qadha dan qadar Tuhan yang ditentukan
Ingatlah gerak hati kita pun adalah mengikut qadha dan qadar Tuhan
Kehendak itu diusahakan tertakluk juga dengan kehendak qadha dan qadar Tuhan
Setakat mana yang Tuhan beri redhalah
jangan kecil hati dengan ketentuan Tuhan yang Bijaksana tentukan
Adakalanya kehendak kita itu apabila diusahakan merugikan
Niat yang kita hendak tidak kesampaian, bahkan mengurangkan pula
apa yang sudah didapatkan
Redha dan sabarlah menerima ujian dari Tuhan
Dengan Tuhan disuruh minta tanda kita lemah, tapi tidak boleh dipaksakan
atau tidak wajib pada Tuhan memberikan
Tuhan memberi mengikut ukuran Tuhan, bukan mengikut ukuran insan
Tuhan melakukan sesuatu adakalanya mengikut rahmat-Nya,
adakalanya mengikut keadilan-Nya, adakalanya untuk pengajaran
Ada juga Tuhan memberi dengan istidraj kerana kemurkaan,
hasilnya merosakkan atau menyusahkan cara ini adalah berlaku kebanyakan
Kerana itulah setiap pemberian Tuhan jangan terlalu gembira
kita tidak tahu apa maksud Tuhan
Pemberian itu belum tentu kerana keredhaan, mungkin kerana kemurkaan
Kerana keredhaan selamat menyelamatkan, kerana kemurkaan akan menyusahkan
Awaslah kerja Tuhan, takutilah Tuhan di dalam sebarang keadaan
No comments:
Post a Comment