Saturday, July 5, 2008

SIFAT AKHIR ZAMAN - KEHILANGAN TUHAN

Di akhir zaman sudah ramai umat Islam yang kehilangan Tuhan
Atau mereka sudah tidak fikirkan lagi adanya Tuhan
Hingga mereka sudah tidak terasa lagi
peranan Tuhan di dalam kehidupan
Walaupun mereka percaya adanya Tuhan,
tapi pada mereka kehidupan ini seolah-olah
Tuhan tidak campur tangan
Oleh itu umat Islam sudah ramai tidak perlukan Tuhan
Kalau mereka pandai adalah usaha mereka
Tuhan tidak kena-mengena
Jika mereka kaya, berpangkat, berkuasa
kerana kemampuan mereka,
Tuhan tidak ada kuasa menentukan nasib mereka
Tuhan itu hanya sekadar ada
Peranan-Nya kepada manusia seolah-olahnya tidak ada
Cuma sekali-sekala terasa perlukan Tuhan,
setelah mereka tidak ada kuasa pada diri mereka
Seperti sakit, miskin, dianiaya sesama mereka
Barulah mereka berdoa atau meminta kawan-kawan
tolong doakan keselamatan mereka
Setelah baik atau senang semula lupa pula dengan Tuhan,
Tuhan tidak diperlukan pula
Sikap ini bukan sahaja berlaku kepada ramai umat Islam
di akhir zaman
Bahkan yang kelihatan beragama pun seperti masih bersembahyang,
berpuasa, naik haji, sama aja
Orang beragama dengan tidak beragama sudah sama sikapnya
Jadi yang paling rosak di waktu ini adalah aqidah mereka
Pada mereka Tuhan ada atau tidak ada sama aja
Kalaupun percaya adanya Tuhan,
Tuhan tidak diperlukan di dalam hidup mereka
Kalau begitu umat Islam pergantungan dengan Tuhan sudah tidak ada
Betapa pulalah untuk ditakuti atau dicintai
tidak ada di dalam perasaan mereka
Side effectnya apa sudah terjadi?
Orang beragama dengan tidak, perangainya sama aja
Sama-sama jahat, sama-sama membuat mungkar,
sama-sama bergaduh, sama-sama berkrisis,
Sama-sama tidak ada kasih sayang,
sama-sama tidak ada bertimbang rasa,
sama-sama tidak peduli-mempeduli
Sama-sama tidak sabar, sama-sama tidak pemurah,
sama-sama tidak merendah diri
Mengapa perangai sama?
Mengamalkan agama hanya tradisi, warisan,
tidak ada ilmu, tidak dihayati,
hanya harap pahala
Bukan ditunjang oleh takut atau cintakan Tuhan,
maka sebab itulah ibadah mereka tidak melahirkan
akhlak yang mulia

No comments: