Monday, July 7, 2008

TENTERA-TENTERA TUHAN

Di akhir zaman manusianya pandai-pandai belaka,
mereka lupa bahawa
Allah yang mengurniakan kepandaian itu,
tetapi terang-terangan mereka melupakan Tuhan

Orang yang melupakan Tuhan sebenarnya telah
menjadikan diri mereka 'tuhan'
walau tidak dilafazkan

Maka Tuhan sedang mengisytiharkan PERANG kepada manusia
yang pandai tetapi lupa Tuhan ini..

Tuhan hantarkan tentera ANGIN untuk memusnahkan
Tuhan hantar tentera AIR untuk merosakkan
Tuhan hantarkan tentera GEMPA untuk menghancurkan bangunan
Tuhan hantarkan tentera yang sangat HALUS yang dikatakan KUMAN
Tentera KUMAN ini lebih memusnahkan si lupa Tuhan

Tentera ini tidak memusnahkan bangunan
tetapi memusnahkan INSAN

Melalui tentera2 KUMAN ini
lahirlah penyakit2 AIDs, SARs, diabetis, kanser, HFMD dan lain-lain..
yang menakutkan dan boleh mematikan...

Datang lagi tentera2 Tuhan melalui BURUNG & UNGGAS
' Selsema burung' namanya yang sangat menakutkan

Tuhan arahkan pula tentera NYAMUK untuk memusnahkan manusia
penyakit denggi namanya, yang lebih cepat manusia terkorban..

Dimanakah kepandaian manusia hendak melawan Tuhan?
Dimanakah kekuasaan manusia hendak melawan kekuasaan Tuhan?

Tentera2 ini menyerang tidak mengenal bangsa...
Bangsa sekuat Amerika turut diserang..tentera Tuhan yang ini
mereka tak dapat melawan,

Tetapi manusia belum lagi insaf dan menyerah
mereka mencari berbagai2 jalan untuk mengatasi

Maka makin galaklah tentera Tuhan terus menyerang...
Dihantar berbagai2 jenis tentera yang tidak dapat dihalang...

No comments: