Sunday, October 19, 2008

TIDAK DAPAT DIBAYANGKAN HEBATNYA TUHAN

Alangkah hebatnya Tuhan
Tidak pernah rehat daripada bekerja, berbuat dan bertindak
Setiap detik di dalam kehidupan
Mengadakan dan mentiadakan
Menghidupkan mematikan
Memuliakan menghinakan
Menjatuhkan menaikkan seseorang
Membangun dan meruntuhkan
Membaiki dan merosakkan
Mengimankan dan mengkufurkan
Mengazab dan memberi rahmat dan memberi hikmah
Mengkayakan dan memiskinkan
Menyusahkan dan menyenangkan
dan entah apalagi yang sudah tidak dapat dituliskan
Daripada sekecil-kecil perkara
hinggalah sebesar-besar benda
Ia berlaku kepada semua jenis makhluk setiap masa
Tapi Tuhan tidak pernah letih dan penat
tidak pernah sakit dan lumpuh
tidak pernah jemu, perlu berehat dan perlu rehat
kerana Tuhan bukan fizikal yang dicipta
Ia adalah khaliq pencipta
Ia adalah zat yang Maha Suci lagi Maha Agung
Yang tidak hidup mengikut system makhluk
Yang tidak dapat dirasakan dan difikirkan
Hebatnya Tuhan, hingga tidak dapat dibayangkan
Hebatnya Tuhan, tidak ada penyerupaan

No comments: