Anjing apabila diberi makan,
dimanjakan, dibelai, dibuat baik
dia akan sayang tuannya
Sekalipun makanan itu hanya tulang-tulang
sisa-sisa dan bahan-bahan lebihan
Dilahirkan kepadanya kasih sayang
diusap-usap belakangnya
ia akan taat setia
Diajar dan dididik
ia akan mengikut arahan tuannya
Selepas itu ia tidak akan berpisah lagi dengan tuannya
Waktu di rumah ia jaga tuannya
waktu berjalan ia ikut tuannya
Begitulah anjing yang hina
apabila kenal tuannya
ia tahu kasih tuannya
ia akan sayang dan taat kepada tuannya
Begitulah Tuhan sebagai tuan manusia
Tuannya beri dia hirup udara
dia boleh hidup
Di waktu lapar diberi makan
di waktu haus diberi minum
di waktu letih ditidurkan
Tuhan, Tuan bagi manusia
memberi bermacam-macam kemudahan hidup
rumah, kenderaan, pakaian
Entah apa lagi belaian Tuhan kepada manusia
yang tidak dapat diucapkan
Tapi malangnya
manusia tidak kenal Tuhan sebagai Tuannya
dia lupa Tuannya, jauh sekalilah taat
Kalau begitu kebanyakan manusia
lebih jahat dan hina
daripada anjing yang hina
Anjing apabila dibelai oleh tuannya
ia taat dan setia
Ia tidak mahu berpisah lagi dengan tuannya
Anjing lebih mengenang budi tuannya
daripada manusia
Sepatutnya anjing yang tidak ada akal
belajar dengan manusia
Ini terbalik pula, manusia kena belajar
dengan anjing yang hina
Aduh! malangnya manusia
Tidak mengenang budi jasa Tuannya iaitu Tuhan
Anjing lebih mengenang budi jasa-jasa tuannya
Patutlah manusia ramai yang masuk Neraka
anjing selamat dari Neraka
No comments:
Post a Comment