Diantara rahmat Allah kepada Rasulullah SAW
sebagai pemimpin kepada semua kaum dan bangsa,
Ialah Nabi Muhammad bukan sahaja
mampu mempersatukan di antara puak-puak,
kabilah-kabilah, kaum, golongan dan bangsa di dunia;
Tapi berjaya menanamkan kasih sayang
di antara hamba dengan tuan,
di antara Badwi dengan orang pekan,
di antara orang miskin dengan orang kaya;
Mampu mendidik orang cinta-mencintai satu sama lain walaupun
berlainan kaum dan warna kulit,
Boleh cinta-mencintai di antara Arab dengan Ajam,
di antara bangsa Timur dengan bangsa Barat,
Di antara orang biasa dengan
pembesar-pembesar kaum dan bangsa,
Yang lebih aneh dari itu boleh berkasih sayang
di antara rakyat dengan para pemimpin,
Setelah tercetus kasih sayang, cinta-mencintai
lahirlah satu bangsa yang bersatu pad,
Akibat dari kasih sayang dan cinta-mencintai
lahir pulalah buah akhlak yang mulia di antaranya:
Malu, pemurah, tawadhuk,
mengutamakan orang lain, bertimbang rasa, perikemanusiaan
yang tinggi, bekerjasama,
Secara automatis pula tidak berlaku hasad dengki,
pemarah, khianat, penipu, pembohong,
berdendam, pergaduhan dan perbalahan;
Ya Rasulullah sungguh besar jasamu!
Jasamu patut dikenang oleh setiap orang
di setiap zaman.
No comments:
Post a Comment