Monday, March 23, 2009

TANDA TUHAN MURKA

Diantara cara Tuhan murka pada seseorang hamba
Ialah apabila dia membuat amalan ibadah atau kebajikan
Dia memandang besar dengan ibadah dan serta kebajikannya
Apabila membuat dosa dan kesalahan dia memandang kecil sahaja bahkan dilupakan
Ia merasakan ibadah dan kebajikannya boleh menghapus
atau menutup dosa-dosanya
Kerana banyak ibadah yang dibuat dia terasa aman dan tenang dengan Tuhannya
Bahkan rasa senang dan tenang dengan amal ibadah dan kebajikan yang dibuatnya
Takut dengan Tuhan sudah tidak ada
Dia merasakan Tuhan sudah redho
Dia yakin dia akan selamat dengan ibadah dan kebajikan yang dibuatnya

Apabila Tuhan bertambah murka dengan amal ibadah
dan kebajikan yang dibuatnya
Datang pula rasa ujub dan riak
Kemudian timbul pula sumaah dan sombong dengan amal ibadahnya
Jika dia tidak sedar juga Tuhan tambah lagi kemurkaannya
Dengan cara dia memandang orang yang kurang ibadah dengan pandangan hina
Dia mula mengata dan mengumpat orang lain
Kejahatan orang lain dia nampak
Kejahatan diri sendiri semakin tidak nampak

Dia pun terus mengerjakan ibadah dan kebajikan
di atas sifat-sifat yang disebutkan tadi
Hinggalah ke akhir hayat umurnya dia pun mati
diatas sikapnya yang diceritakan tadi
Maka dia pun mati di dalam Suul Khatimah
Mati di dalam kemurkaan Allah bersama-sama amal ibadahnya
Maka dia pun masuk Neraka dengan penuh terkejut
Wal iyazubillah

No comments: