Wednesday, April 1, 2009

NIKMAT TUHAN DISALAHGUNAKAN

APA sudah jadi kepada manusia?!
Masing-masing menyalahgunakan nikmat Tuhan
yang ada padanya
Hingga mereka derhaka kepada Tuhannya
Di samping merosakkan kehidupan manusia
Ada yang muka cantik, terpesona dengan kecantikannya
Dia pun menyalah guna kecantikannya
Ramai manusia yang rosak imannya kerana kecantikannya
Ada yang kaya sombong dengan kekayaannya
Dia pun berfoya-foya dengan kekayaannya itu
Hanya senang untuk sendiri tidak pun menolong fakir miskin
Ada yang pandai, kagum dengan kepandaiannya
Menyalahgunakan pula dengan ilmunya
Untuk nama dan kesenangan hidup semata-mata
Tuhan tidak ada di dalam kamus hidupnya
Ada pula orang sedikit sahaja diberi kuasa oleh Tuhannya
Menyalahgunakan kuasa yang ada padanya
Dia menzalim dan menghukum manusia sesuka hatinya
Ramai manusia yang teraniaya
Di sini baru kita tahu ramai orang yang kufur
dengan nikmat Tuhannya
Yang merosakkan diri sendiri dan merosakkan diri orang lain
Hanya sedikit sahaja manusia yang bersyukur
Iaitu orang yang takut dengan Tuhannya,
dan mengambil berat kehidupan di Akhirat

No comments: