BERBAGAI cara Allah mendidik
dan menginsafkan manusia
Merayu, memujuk, mengumpan, menakutkan,
melihatkan kekuasaan
Memperlihatkan kebesaran,
menceritakan kesudahan
orang yang baik dan jahat
Semua bentuk pendidikan ini
untuk menarik perhatian manusia
Agar terpujuk kepada Allah yang Maha Esa
Namun manusia degil juga
Perhatiannya tiada
Ada mata dipejamkan,
ada telinga dipekakkan,
ada akal tidak difikirkan
Ada hati tidak ada perhatian
Seolah-olah manusia tidak ada mata,
tidak ada telinga, tidak ada akal,
tidak ada hati
Nafsu sahaja yang dibelainya
Bertindaklah nafsu sesuka hatinya
Manusia telah menjadi tawanan nafsunya
Marilah segera kepada-Ku, kata Tuhan
Manusia buat-buat tidak dengar aja
Syurga-Ku indah,
nikmatnya belum pernah mata melihat
Belum pernah telinga mendengar
Manusia tidak peduli, adakalanya jadi bahan perli
Neraka-Ku dahsyat, hebat untuk orang jahat
Manusia tidak rasa apa-apa, biasa sahaja
Engkau tidak lihatkah
Bagaimana langit, bumi, gunung, haiwan,
sungai, lautan Aku cipta?!
Manusia tidak ambil tahu penciptanya
Tapi ambil tahu khazanahnya
untuk keuntungan dunianya
Hujah-hujah dan tanda-tanda kekuasaan, kebesaran Tuhan
untuk menyedarkan manusia terlalu banyaknya
Namun manusia tidak juga beriman
Kalau beriman pun tidak bersyariat
Munasabah manusia masuk Neraka dengan keadilan
2 comments:
Assalamualaikum, salam puisi saudara al-faqir. Moga dlm keberkatanNya. Sebuah blog puisi islam yg bagus. Nukilan saudarakah semua puisi ini? Bagus, teruskan berkarya. Saya sudah add link blog saudara ini di blog saya, http://puisi-uswah.blogspot.com
Ada juga puisi baru di blog saya tu. Silakan menikmatinya. Terima kasih.
Wa'alaikumussalam,
Salam.
Puisi ini dinukil dari seorang ustaz. Terima kasih kerana link ke blog saya. Semoga Allah memrahmati dan memberkati anda dalam menyebarkan syiar Islam.
Post a Comment