BERBAGAI cara Allah mendidik
dan menginsafkan manusia
Merayu, memujuk, mengumpan, menakutkan,
melihatkan kekuasaan
Memperlihatkan kebesaran,
menceritakan kesudahan
orang yang baik dan jahat
Semua bentuk pendidikan ini
untuk menarik perhatian manusia
Agar terpujuk kepada Allah yang Maha Esa
Namun manusia degil juga
Perhatiannya tiada
Ada mata dipejamkan,
ada telinga dipekakkan,
ada akal tidak difikirkan
Ada hati tidak ada perhatian
Seolah-olah manusia tidak ada mata,
tidak ada telinga, tidak ada akal,
tidak ada hati
Nafsu sahaja yang dibelainya
Bertindaklah nafsu sesuka hatinya
Manusia telah menjadi tawanan nafsunya
Marilah segera kepada-Ku, kata Tuhan
Manusia buat-buat tidak dengar aja
Syurga-Ku indah,
nikmatnya belum pernah mata melihat
Belum pernah telinga mendengar
Manusia tidak peduli, adakalanya jadi bahan perli
Neraka-Ku dahsyat, hebat untuk orang jahat
Manusia tidak rasa apa-apa, biasa sahaja
Engkau tidak lihatkah
Bagaimana langit, bumi, gunung, haiwan,
sungai, lautan Aku cipta?!
Manusia tidak ambil tahu penciptanya
Tapi ambil tahu khazanahnya
untuk keuntungan dunianya
Hujah-hujah dan tanda-tanda kekuasaan, kebesaran Tuhan
untuk menyedarkan manusia terlalu banyaknya
Namun manusia tidak juga beriman
Kalau beriman pun tidak bersyariat
Munasabah manusia masuk Neraka dengan keadilan
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku. -Al-Quran (Surah Taha: 25-28)
Showing posts with label Taubat. Show all posts

Sunday, August 17, 2008
Saturday, August 16, 2008
ALLAH SUKA HAMBA YANG BERTAUBAT
Allah Taala sangat suka apabila seseorang membuat dosa,
menyesal dan memohon ampun;
Kemudian dosa-dosa ini tidak pernah digunakannya
seumur hidupnya,
Dia terasa terseksa dengan dosa-dosa yang telah berlaku,
Adakalanya mengenangkan dosa air matanya
menitis berguguran,
Begitu juga Tuhan sangat suka pada seseorang
apabila membuat kebaikan, dilupakan;
Dia merasakan tidak pernah berbuat dan melakukan
Yang dia anggap belum berbuat,
yang dia rasa adalah hamba yang berdosa;
Tuhan juga suka apabila orang membuat baik kepadanya,tidak dilupa;
Ingin membalas jasanya atau mendoakan,
Juga kesalahannya kepada orang tidak pernah dilupakan,
Dia teringat sepanjang masa,
Bahkan dengan kesalahannya itu jiwanya terseksa dan menderita,
Dia memohon maaf kepada orang ini,
Kalau orang itu sudah tidak mungkin ditemuinya,
Dia doakan selalu, kalau dia membuat kebaikan
pahalanya dihadiahkan kepadanya,
Begitulah juga Tuhan sangat suka kepada seseorang hamba yang merasa dirinya hina,
Hina dengan kejadian, hina dengan kelemahan,
hina dengan kecuaian, hina dengan dosa-dosanya;
Hinggakan kebaikannya sudah tidak lagi dilihatnya,
Yang dilihat dosa-dosanya dan kesalahan-kesalahannya,
Yang dia lihat adalah kelemahan dan kelalaiannya,
Hingga tidak ada lagi ruang hatinya untuk bergembira,
Kerana hatinya telah dipenuhi dengan dukacita.

Tuesday, July 29, 2008

Begitulah juga Tuhan sangat suka kepada
seseorang hamba yang merasa dirinya hina,

Wednesday, July 2, 2008
SETIAP NAFAS TURUN NAIK AKAN DITANYA
Ketahuilah bahawa setiap kerdip mata akan ditanya
Setiap nafas turun naik akan dipersoal
Setiap gerak hati akan dipertanggungjawab
Setiap jelingan mata akan ditulis dan dihisab
Perbuatan itu sama ada pergi ke Neraka atau ke Syurga
Betapalah setelah tangan engkau bertindak
Kaki engkau melangkah dan ke mana hala tujunya
Apatah lagi setelah lidah engkau bercakap
Akal engkau berfikir dan cara mana engkau berfikir
Bagaimana engkau gunakan jawarih engkau
Begitu juga bagaimana engkau gunakan nikmat di luar diri engkau
Semuanya ini lebih-lebih lagilah akan ditulis, dirakam dan dihisab
Sama ada ia termasuk perkara yang berdosa atau yang berpahala
Aduh! Tidak takutkah kita dengan Zat yang Maha Agung
Yang tahu, yang melihat dan yang mendengar
seluruh gerak-geri kita lahir dan batin
Yang akan menghukum kita sama ada ke Syurga atau ke Neraka
Tidak cemaskah kita peristiwa itu pasti berlaku
Di suatu hari yang kita akan diadili dengan begitu halus
Di waktu itu tidak ada siapa yang membela kita
Masing-masing memikirkan diri
Bahkan para rasul dan nabi alahimussolatuwassalam pun ketakutan
Allah! Allah! Allah! betapalah kita ini yang memang tidak lepas
dari dosa dan kesalahan
Takutilah Allah,rendah dirilah kepada-Nya
Mohon ampunlah setiap ketika
Agar setiap dosa dan kesalahan kita diampunkan
Sama ada yang kita sedar mahupun yang tidak

Sunday, June 29, 2008
AKU HAMBA
Aku selalu membuat dosa
Sering melakukan kesalahan
Sekalipun aku sudahpun mencuba
Untuk menolaknya wahai Tuhan
Dengan rahmatMu Engkau ampunkanlah
Seluruh dosa-dosaku
Jangan biarkan aku terumbang-ambing
Dan tenggelam dengan dosa
Aku inikan hambamu
Aku adalah boneka yang Engkau cipta
Jangan engkau biarkan aku tanpa pimpinanMu
Aku akan tersesat jalan
Kalau Engkau tinggalkan aku
Aku dengan dosa dan noda
Kalau Engkau tinggalkan aku
Dengan kesalahan
Segala yang kumiliki tiada erti apa-apa

Subscribe to:
Posts (Atom)